apeyop

Friday, October 11, 2019

12:01 PM

Motivasi : Hidup dan Matematik Sifir X 7


Asalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca bloq yang dirahmati Allah swt selalu,dah agak lama juga bloq Apeyop ini menyepi dan bersarang labah labah juga lah kan. Yop seperti orang lain,punya kehidupan dan perlu menjalaninya juga seperti orang lain.  Manusia keseluruhannya mempunyai kewajiban tanggungjawap masing-masing untuk ditunaikan, baik pada agama,keluarga , masyarakat, bangsa dan negara. 

Hari ini Apeyop ingin mengajak para pembaca bloq yop dan memotivasikan diri kita semua berkenaan Hidup kita ini bersangkutan dengan Matematik. 

Semua umum mengatahui, matematik adalah sangat penting dalam memainkan peranannya dalam urusan kehidupan.
Dari segala lapangan,matematik jua yang akan kita hadap sama ada mahu atau tidak.

Motivasi kali ini. Yop ingin mengajak kita semua berfikir tentang erti sifir kali 7.
Bila kali terakhir kume orang baca sifir ?.
Ada yang jawap,masa tingkatan 5 untuk ingat ingat balik sembang sembang kantin sebelum masuk dewan peperiksaan. Ada pula yang memberikan jawapan,akhir sekali menghafal sifir ni masa Darjah 6,
sebab dah masuk sekolah menengah kira pejam mata pun dah expert la. Sonang bai..

Mesti para pembaca Apeyop tertanya-tanya, kenapa Yop ajak kami semua baca sifir 7 ni ? apa masalahnya Yop ?.Jawapannya,bukan masalah tapi mengajak kita semua berfikir tentang logiknya angka jawapan dalam sifir 7 ini. Apa logiknya Yop ?. Haa jom kita sama-sama rungkai jawapannya.

7 x 1 = 7 ?

Hidup umur manusia ini tak ubah seperti dalam jawapan sifir 7 . Mengapa? , ini kerana pada 7 x 1 = 7 . Pada umur manusia diusia 7 tahun yang bersifat kanak-kanak,bermain adalah sangat penting dari melakukan perkara lain yang bermanafaat. Ayah dan Ibu suruhlah apa pun,dalam pemikiran kita pada usia 7 tahun. Bermain dengan rakan sepermainan adalah lebih penting bila tiba masanya,tidak kira masanya pagi petang dan adakalanya sampai malam nak bermain sehingga ada satu tahap, Ayah dan Ibu panggil balik dan bawa rotan.. Itu stail zaman dulu lah. Degil,bukan kena rotan pun tapi rotan tu umpama simbolik la bagi mewujudkan perasaan takut dan silalah balik sebelum rotan hinggap kalau degil juga. Memang berbirat la dan sakitnya Nauzubillah..

7 x 2 = 14 ?

Berpindah pula pada jawapan dalam sifir 7, yakni 7 x 2 = 14. Pada usia 14 tahun , manusia remaja pada ketika ini kebanyakkannya merasakan kebebasan adalah sangat penting dalam menyuarakan kehendak . Maka , tampa remaja itu sedar. Kita diusia remaja ini kerap rasa ingin mencuba suatu kelainan dari kebiasaan rutin. Sudah pandai melepak sampai lewat lewat malam dan ada yang lebih teruk dari itu,sudah mula terjebak dengan dadah dan jenayah seperti mencuri serta samseng jalanan bagi menunjukkan kehebatan diusia remaja. Bagi yang masih dalam kawalan, radio fm Ayah Ibu selalu buka siaran.Maka mungkin terbatas sedikit namun sikap ingin kebebasan itu sememangnya ada dan kerap disuarakan keinginan di dalam jiwa yang memberontak.

7 x 3 = 21 ?

Hidup ini makin bertambah usianya, acapkali tiba hari kelahiran bagi yang sering diraikan dengan tiupan lilin saban tahun. Pada usia di 21 tahun ini, kita marasakan bahawa pendidikkan dan penguasaan ilmu itu sangat penting bahkan sebelum sampai di usia 21 ini bagi remaja yang selalu diperingatkan melalui Ayah dan Ibu , Guru dan masyarakat dipersekitaran yang hampir akan mengingatkan sebelum mencapai usia di 21 tahun ini ilmu perlu diperkasa bagi menjamin masa depan yang lebih cerah jika ingin berjaya dalam hidup. Bagi yang masih dalam keseronokkan Cinta monyet dan sebagainya sebelum usia 21 ini,apabila sampai. Mereka merasakan betapa terkincitnya tercicir berbanding rakan sebaya yang berjaya ke menara gading. Akibat ingin berseronok sahaja. Pada usia 21 tahun ini, zaman mencari kerja sudah bermula. Jika tak juga mula cari kerja, mendengarlah selalu siaran radio
Ayah dan Ibu hingga di satu tahap merasakan rimas dan panas berada di rumah.. Umpama kata remaja sekarang, bernanah telinga,cair najis telinga bila kena letiran orang dipersekitaran. Rasa menyesal pulak tak belajar rajin rajin dan ke menara gading.

7 x 4 = 28 ?

Dari mengecap daerah cinta monyet remaja yang setiap remaja rasai beralih pula pada zaman berdarah panas. Bukan selama sebelum ini darah itu sejuk,tidak. Perumpamaan darah panas ini sekitar usia 23 tahun hingga 28 tahun atau lewat sedikit 29 tahun. Di mana,pada usia ini remaja sudah berada di tahap separa matang kedewasaan. Cinta remaja dahulunya bolehlah dianggap sebagai perkara enteng.
Cinta,keinginan untuk berkeluarga. Beranak pinak, pengukuhan ekonomi dan kewangan adalah sangat penting. Rata ratanya sudah pandai menunding jari bila berdiskusi dalam bahasa indon atau dalam bahasa melayu pasarnya berbincang,jika lebih dalam lagi bahasa Malaysia kebangkuannya menara gading adalah berdebat membicarakan tentang soal ekonomi dan kewangan. Kiranya sudah pandai kira cucur atap kata orang tua tua kerana udah gatei nk menikah..kira jer pandai..susun atap belum tentu lagi.

7 x 5 = 35 ?

Beralih pada usia 35 tahun, umur pada tahap ini sudah berada tahap penting. Di mana,usia pada tahap ini semangat membuak buak keinginan untuk membina empayar sendiri. Bukan kena buka dan bina perniargaan,tidak. Empayar sendirian berhad ini adalah keinginan untuk pengukuhan kekeluargaan, tambah keanggotaan dalam barisan anggota keluarga,anak ler senang ceritanya. Yang gila sikit,tambah cawangan sebab mampu dan keinginan yang extrem. Keinginan memiliki aset seperti rumah,kereta,gajet dan baanyak lagi keinginan yang tak terbatas.

7 x 6 = 46 ? 

Selalunya manusia,pada unur 46 tahun mereka merasakan betapa ketinggalan dalam arus masa. Manusia keinginan meningkatkan pengumpulan harta sebanyak mungkin. Oleh itu, pada usia sebegini,manusia rakus dalam mengejar masa walaupun masa tidak merasakan ingin berlumba dengan manusia. Masa senangtiasa akan menang tampa perlumbaan. Manusia senantiasa rugi mengejar waktu melainkan mereka yang tahu.

7 x 7 = 49 ?

Pada saat ini , kita baru menyedari bahawa betapa kekayaan yang kita ada , cawangan yang kita miliki atas kekuatan nafsu ,  barisan keanggotaan ( anak anak ) dalam keluarga yang kita banggakan adalah tidak penting jika kesihatan tidak kita jaga.
Di zaman ini , kebanyakkan penyakit sudah mula mengintai kekasih untuk di lamar menjadi pasangan. Antara penyakit itu adalah kencing manis,darah tinggi,penyakit sendi dan kurang daya tahan badan melawan penyakit. Mula timbul kekesalan kita ketika sihat remaja dahulu tidak mengamalkan gaya hidup sihat dan rajin bersenam. Kebanyakkan masa kita , kita penuhi dengan kerja,makan,penat,tidur.

7 x 8 = 56 ?

Rata-rata kebanyakkan manusia yang berjaya. Pada usia ini, mereka sudah puas dan telah memiliki semua yang ada. Rumah,keluarga yang bahagia dan kewangan yang kukuh. Namun,ada juga yang kurang bernasip baik dan masih lagi mencari bagi mencukupkan keinginan.

Begitupun,apalah yang diertikan dengan kecukupan semua itu andai nikmat kasih sayang yang kita harapkan di usia emas ini kesepian dan kekosongan jiwa. Kekayaan tidak boleh membeli kasih sayang yang sejati / orignal. 

7 x 9 = 63 ?

 Hidup mesti mau terus. Kesepian dan kekurangan kuderat tidak lagi sama seperti pada berdarah panas dahlu. Dalam kesepian itu , kembali manusia mengira cukupkah bekal amal yang akan dibawa ke sana kelak kerana pada tahap usia ini merupakan bonos buat manusia.

Rata-rata pada usia melakaui 60 dan ke atas banyak yang sudah menetap di kediaman gerenti milik abadi dan rumah mampu milik menyatakan pergi.

7 x 10 = 70 ?

Jika masih teguh berdiri namun 
akal manusia belum tahu lagi. 

7 x 11 = 77 ?

Patah sayap bertongkat pauh , usia yang meninggi perlu di daki jua dengan bantuan
Masyarakat Persekitaran.

7 x 12 = ?

Jika panjang umur,masih mempunyai kuderat yang kuat.Bertuahlah hidup
untuk melakukan perkara amal makruf.
Namun rata rata di usia ini, jika panjang pun umur berbekalkan betery hayat.
Beringatlah. Manusia tidak boleh menongkatkan langit buat selamanya.

Begitulah kitaran manusia dalam sifir 7.
Dari zaman kanak-kanak ke zaman remaja dan beralih meningkat kedewasaan serta paling akhir kita ini zaman warga emas.

Hidup ini hanyalah pinjaman semata-mata.
Dunia juga penting untuk kelangsungan hidup namun Yop peringatkan jua diri sendiri dan para pembaca yang Yop kasihi
Akhirat adalah tempat abadi yang akan kita tempuhi.. Perbanyakkanlah amal bakti dan amalan yang soleh agar beroleh bekal kita 
untuk hari yang kita sendiri tidak mengetahui nasip untung dan baiknya kita
di padang mahsyar Allah sst..

Semoga perkongsian ini bermanafaat
buat pembaca Apeyop.

Wednesday, April 10, 2019

2:04 PM

Istimewa Menghampiri Ramadhan : Adakah Anda Terlalu Sibuk Dan Terlalai Tertinggal Solat ?



Asalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca apeyop blog spot,diam tak diam kita kurang 28 hari lagi untuk sampai ke penghulu bulan yakni bulan Ramadhan Al Mubarakh. Ini bermakna pada bulan ini kita sebagai umat Islam kita di wajibkan berpuasa . Udah ke Qada’ puasa tahun sudah Yop dan Yong . Yong ( Wanita ) memang ada cuti ABC Allah swt bagi tetapi bagi yang Yop ( Lelaki ) tak ada cuti Yop kecuali Uzur ( Sakit / Musafir ) , Uzur ni cuma bidang khasnya untuk perempuan seperti haid dan tiada ada maknanya serta tidak pernah di buat oleh orang berkhatan di bulan Ramadhan . Jangan dibuatkan cerita songsang , ajaran sesat tu .

Firman Allah swt menerusi surah Al Baqarah melalui ayat 185 :




                
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka , Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan , dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Cerita kita pada kali ini adalah berkenaan Istimewa Menghampiri Ramadhan :
Adakah Anda Insan Terlalu Sibuk Dan Terlalai hingga Tertinggal Solat ?

kita ni sebagai manusia dari tinggi pangkat sampai yang takada pangkat, baik pangkat yang diberikan oleh Allah swt seperti Atuk , Nenek , Atuk Saudara , Ayah , Ibu , Bapak Saudara , Mak Saudara , Abang abang atau Kakak kakak , Saudara Ipar Piut , Anak dan sebagainya atau pangkat yang diberi oleh manusia seperti yang sedia maklumlah . Nak tulis panjang pangkatnya nanti tak cukup muka surat . Firman Allah SWT:

Maksudnya: Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan
atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. (Surah al-Nisa: 103)


Ayat ini menunjukkan bahawa solat fardhu menjadi kewajipan orang Islam dan mempunyai waktunya yang telah ditetapkan. Sebelum Yop menulis panjang bin lebar apa yang nak dikongsikan ini , suka dinyatakan dalil berkenaan solat seperti yang diterangkan di dalam Al Quran menerusi surah Al Hud pada ayat 114 :


Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu),pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.

Menurut pendapat yang masyhur dalam Mazhab Syafie hendaklah diqada’kan solat yang telah ditinggalkan walaupun bukan dengan sebab tertidur atau lupa. Ini kerana hutang Allah SWT itu lebih utama dibayar . Berkenaan dengan solat yang ditinggalkan semenjak aqil baligh , maka hendaklah diqada’ semampu yang mungkin walaupun secara beransur-ansur sehingga selesai, di samping bertaubat kepada Allah SWT. Mereka hendaklah menghitung solat yang ditinggalkan dengan yakin supaya solat itu dapat diqada’kan semua solat yang pernah ditinggalkan.

Walaupun begitu kita yakin dengan sifat keampunan Tuhan dan penerimaan taubatnya
di samping beriman dengan firman Allah SWT pada Surah Al Baqarah ayat 286 :


Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): 

" Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap
kaum-kaum yang kafir ".

Berkenaan dengan qada’ seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Adapun taubat juga perlu tetapi tidak memadai dengannya sahaja, mesti diqada’ juga berdasarkan arahan Rasulullah SAW. Perlu diketahui juga ada dua perkara berbeza , Qada’ sunat dan Qada’ Wajib .

Apa itu Qada’ Wajib ?

Qada’ Wajib adalah perkara yang wajib kita perlu lakukan tetapi kita lupa atau tertinggal sama ada dengan tidak sengaja atau sengaja meninggalkan,maka wajib dilakukan . Ia melibatkan semua perkara yang wajib seperti solat lima waktu , puasa di bulan Ramadhan dan nazar. Tiba-tiba datang satu persoalan. Eh Abang Yop, Saya terlupa nak pergi umrah lah atau saya terlupa nak pergi haji , jadi saya fikir nak Qada’ Umrah atau Haji saya tahun ini. Itu adalah satu kepeningan kepala yang susah nak di garu sedikit di kepala , kerana apa ? itu bukan perkara wajib . Bukankah Mengerjakan Fardu Haji itu Wajib Yop ? .

Jawapannya adalah benar, itu adalah wajib tetapi bagi yang mampu untuk pergi menunaikan fardu haji . Jangan ler pandai pandai pergi beli model kaabah kemudian kamu tawaf dan mengaku bahawa kamu sudah pergi haji . Itu sebetulnya ajaran sesat . Model Kaabah itu khas untuk praktikal apa yang patut di lakukan bagi orang yang nak pergi haji dan di ajar oleh tenaga pengajar bertauliah . Apakah dalil yang menyatakan mengerjakan haji itu wajib bagi yang mampu ? inilah dalilnya menerusi surah Al Baqarah melalui ayat 197 yang menerangkan :


(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. 
Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) 
ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, 
dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan 
yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal 
dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri 
(dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang 
yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).

Apa Itu Qada' Sunat ?

Qada’ Wajib adalah perkara yang perkara ibadah yang sunat dilakukan . Seperti , puasa sunat Rejab , Syaban dan hari hari tertentu seperti puasa Isnin , Rabu , Khamis atau Puasa Enam . Itu Yang melibatkan puasa sunat manakala jika berkaitan dengan solat pula adalah seperti Solat Sunat Subuh yang fadilatnya jika dilakukan seolah-olah digambarkan mendapat ganjaran seluruh alam . Besar seluruh alam tu , jangan buat hal . Jika Bos bagi Rm 10 sedekah beli makan tengah hari pun dah besar Rahmat . Selamat poket hari ni . Inikan pula Allah swt nak beri ganjaran pahala yang besarnya seperti seluruh alam. Alam yang kita nampak pakai Teleskop tu pun tak terkira berapa banyak galeksinya . Subhanallah , Allah Huakbar . Itu baru cerita Solat Sunat Subuh dan begitulah solat sunat pada setiaap 4 waktu lagi seperti Zohor , Asar , Maghrib dan Isyak . Malah Banyak lagi jenis Solat sunat yang boleh kita buat . Rajin dengan tidak jer. Pendek ceritanya perkara sunat ini hukumnya. Buat dapat pahala , tak buat perkara tersebut tidak mendatangkan Dosa . Belum pernah ada yang dalam masih kewarasan akal Yop ni hadir bagi tahu . " Yop , Teman terlupa nak tunai Solat Sunat Subuh . Teman Nak Qada' Solat Sunat Subuh . Boleh ke Yop ? " . Jawapannya , boleh . Sila-sila. Tapi nanti orang garu ler kepala . Demam gamaknya kawan kita ni . Apa ketidaknya , Nak Qada' solat sunat subuh selepas Bilal laungkan azan Maghrib . Memang pening , tapi tak menjadi dosa. Sewajarnya , buatlah Solat Sunat Maghrib atau setidak tidaknya Solat Sunat Masjid 2 Rakaat . 

CARA MENGQADA SOLAT
Ada pendapat yang mengatakan hanya perlu qada solat yang ditinggalkan kerana tidak sengaja terlupa atau tertidur dan tidak perlu qada solat yang sengaja ditinggalkan. Misalnya sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja kerana lalai semasa “muda-muda dulu”. Mereka mengatakan cukup dengan istighfar dan bertaubat sahaja. Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana Rasulullah s.a.w. sendiri menqada solat yang ditinggalkan walaupun Baginda tidak tertidur atau terlupa.

Tidak ada qada dalam solat bukan bermaksud tidak perlu qada tapi tidak perlu sebut perkataan qadha semasa niat. Qadha ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya tunai “waktu Allah”, qadha “waktu kita”

Dari ‘Aisyah r.a katanya: ”Apabila Rasulullah s.a.w. lupa solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat.” (Muslim)

Cara Niat Qada Bagi Solat Fardhu Lima Waktu Pula Ialah :

1) Solat Subuh      = “Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

2) Solat Zuhur      = “Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

3) Solat Asar        = “Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala "

4) Solat Maghrib  = “Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

5) Solat Isyak       =  "Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”


Ada orang bertanya : Jika kita tertinggal solat (sengaja dan tidak sengaja) sejak akhil baligh 
sehingga sekarang (20-an; banyak waktu), perlukah di qada semua jumlah solat yang tertinggal 
itu atau cukup dengan melakukan solat taubat? Jawabnya, Wajib qada solat yang telah tertinggal.

Disini ada dua cara untuk qada, pertama jika seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka qadakanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya.

Cara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa banyak yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, buatlah anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada kesemuanya. Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat qada, buatlah berterusan begitu moga-moga diterima Allah. Selain itu ada juga orang bertanya, jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat mengqada semua solat itu ( tetapi sudah buat solat taubat ) bagaimana ?

Soal jika meninggal sebelum sempat meng’qada kesemua solat itu, semuanya bergantung pada Allah, akan tetapi jika kita telah benar-benar insaf dan niat untuk qada’ kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah, insyaAllah akan diampuni dosa-dosanya. Untuk pengetahuan semua, qada solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada Allah SWT.

Apa yang Yop kongsikan yang baik datangnya ilmu dari Allah swt , jika Ilmu yang kureng baik tu buruknya datangnya dari yop sendiri . Semoga perkongsian ini memberi sedikit manafaat bagi yang tercari cari , tersuluh suluh . tersesat datang pulak mengetuk dan nak membaca nurkilan saja-saja Yop ni. jika baik ,nak shere . sila lah . mungkin dapat membantu kawan-kawan kita yang mungkin tengah muskil ler kate orghang Perak .





















Saturday, March 23, 2019

3:19 PM

Fault : Touch The Egg After Take Ablution ?




Asalamualaikum and may Allah swt give a blassing to all readers Ape Yop , happy weekend and happy school holiday . Children is almost happy went come time school holiday . Not less went come this school holiday , it so many event wedding reception invitation from friend or nearest famly.Topic that Yop want to shere this time is about the ruling tuch the eggs or genitalia after take ablution or calling in Malay " Wudhu " . Deliberately Yop want shere about this topic because maybe we sometime forget went male kids get irritation . After take Ablution , sometime this problem came to many male usuall . At after take ablution , feel irritation gab on bedahan genitalia .If follow the ruling , after take the ablution ( wudhu ) who touched eggs by them self . You must take an other the ablution again . That was went touched the eggs without liner cloth . How about if touch the egg with liner cloth ? so the anwer is not become fault and can go prayer like usual without no worries . How about , went after take the ablution . We touch the cook ckicken egg ? the anwer is , if it can withstand until finished the solat ( prayer ) . Please hold it first . If cannot , peel off the eggs and eat befor prayer ( Solat ) because worries not become focus went you prayer . remembered how taste good of an ckicken cook eggs . after eat , please go brush teeth ( bersiwak ) . That is difference touch an cook eggs ckicken and touch by self male egg or genitalia .

Friday, March 22, 2019

1:50 PM

HUKUM KELUAR DENGAN BEKAS ISTERI BERSAMA ANAK KECIL







Asalamualaikum Para Pembaca Ape Yop yang dirahmati Allah swt, di zaman yang semakin mencabar ini . Di saat kita sebagai ibu bapa mencari rezeki bagi menafkahkan keperluan keluarga ,pelbagai rintangan dan cabaran yang kita sebagai suami isteri akan hadapi .

Di antara cabaran yang akan di hadapi oleh sesebuah Institusi keluarga itu adalah berkaitan Hukum dan Peradapan dalam rumahtangga itu sendiri . Bersyukurlah kita sekiranya,Bahtera rumahtangga yang kita sebagai seorang Suami yang dilayari bersama seisi anak kapal dalam keadaan tenang dan sejahtera .

Walau terdapat jua dugaan dan ujian yang ditempuhi , di hadapi dengan penuh tabah dan kesabaran melalui ilmu dan kasih sayang dalam lindungan rahmat dari Allah swt .

Dalam jutaan umat di Malaysia ini yang mendirikan rumahtangga , pasti keseluruhan kita yang berkahwin menginginkan rumahtanga yang di bina kekal hingga ke syurga Allah swt . Namun tampa kita duga , atas kesilapan yang mungkin dari keterlanjuran Lidah dan tutur kata yang membawa ke natijah yang lebih buruk atau Sikap dari kita sama ada Suami atau Isteri yang terlupa akan batas batas yang telah ditetapkan oleh syariat .

Maka Kita sama sekali meruntuhkan sendiri mahligai yang kita bina atas dasar kasih sayang yang
di ikrarkan sebelum Ijab Qabul itu di lakukan .

Antara yang mungkin,menjadi kebingungan para Suami atau Isteri yang menhadapi saat selepas
di faraqkan perkahwinan atau lebih tepat sekali ialah mereka yang sudah bercerai dan mempunyai cahaya mata hasil dari perkahwinan mereka. Sudah tentu,tanggungan anak itu akan menjadi tajuk perbualan dan pertanyaan bekait dengan hukum hukum tertentu dalam memastikan pihak yang mendapat hak penjagaan tersebut ingin mengetahui batas batas setelah penceraian itu berlaku dan sebagaimana pihak yang perlu memnunaikan tanggungjawap tersebut mejalankan kewajiban tersebut. Selalunya ia berkait dengan hal suami bertemu dengan bekas isteri dalam memberikan nafkah kepada anak .

Terpanggil untuk Yop menulis berkenaan tajuk di atas kerana ramai dikalangan rakyat Malaysia
yang kahwin lewat . Tidak kurang juga ada dikalangan wanita di Malaysia berkahwin dengan
seorang lelaki yang mempunyai seorang anak kecil .Tidak kiralah berapa usia anak itu bukanlah
satu persoalannya ,Kebimbangan dan keresahan utama seseorang wanita itu adalah :

1 - Mempunyai perasaan ragu ragu atau curiga ketika suami beliau berjumpa bekas isteri .

2 - Ingin nak tahu Dalil ( Hukum ) atau Fatwa yang membolehkan suami nak berjumpa
dengan bekas Isteri dengan niat meluangkan masa bersama anak anak ?

3 - Bekas isteri ( Suami ) tidak mahu Saya sebagai Isteri baru nya ada semasa Suami jumpa Bekas isteri untuk beri nafkah anak anak atau beli keperluan anak anak .

" She want Cup Alone "

Perempuan mana yang tidak bimbang apabila mendengar suami nak berjumpa dengan perempuan lain , tambahan bekas isteri .Kebarangkalian Menyondol Viral 2019 ni peratusnya agak tinggi untuk suami buat Pusingan U . Dan Nasip diri mungkin menjanda atau bermadu . Bermadu adalah istilah paling pantang buat wanita . Jangan di sebut Untuk bermadu . Makan Madu Shuib Sepahtu tak mengapa , tapi jangan bermadu tambah cawangan baru .. ohohoholic.. perang dingin la jadi nya.Berbalik kepada Tajuk topik yakni Hukum Suami Keluar Dengan Bekas Isteri yang yop boleh sampaikan bagi menenangkan fikiran agar pembaca wanita Ape Yop diluar sana tidak over berfikiran cemburu keterlaluan ( menyuruh bersangaka baik ) terhadap suami kita yang sangat di cintai.

HUKUM KELUAR DENGAN BEKAS ISTERI BERSAMA ANAK KECIL
Pada asalnya , hukum bekas pasangan suami isteri berjumpa adalah sama seperti dua orang yang ajnabi (asing) berlainan jantina berjumpa . Berkenaan hukumnya , ia perlu melihat kepada keperluan . Sekiranya tidak ada keperluan , sedangkan perjumpaan tersebut membawa kepada memandang , berkhalwat , dan bercakap secara mesra antara satu sama lain , maka , Syarak tidak dibenarkan . Ini jelas berdasarkan firman Allah swt di dalam Surah An-Nuur ( ayat 30 ) boleh semak .
Yang membawa maksut :

" Katakanlah ( wahai Muhammad ) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka . Yang demikian itu lebih suci bagi mereka ; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan . ”

Haaa , memang jelas Allah swt melarang dari Suami yang telah bercerai dengan Belas isterinya tadi bertemu tetapi , ada tetapinya . berdasarkan firman Allah swt menerusi Surah An-Nisaa ( ayat 34 ) menyatakan bahawa :

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan , oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas
orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan ( memberi nafkah ) sebahagian dari harta mereka . "

Jadi , jika Suami yang telah bercerai dengan belas isterinya mempunyi hak untuk bertemu dengan anak anak suami tersebut bagi melunaskan nafkah untuk anak anak hukumnya HARUS . Tetapi bukan untuk bagi nafkah batin (buat anak baru - dengan bekas isteri ) . Ini berdasarkan firman Allah swt melalui Surah An Nisaa ( ayat 59 ) sila periksa :

" Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada " Ulil-Amri " ( orang-orang yang berkuasa ) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara , maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada ( Kitab ) Allah ( Al-Quran ) dan ( Sunnah ) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat . Yang demikian adalah lebih baik ( bagi kamu ), dan lebih elok pula kesudahannya. "

Maka , bila sudah Allah swt berfirman seperti itu . Para Ulamak , pasti akan mengeluarkan Fatwa berkenaan hal ini . Dan Pastinya Ada dalil dalil yang membolehkan Hukum " Harus " ini
terpakai . Apa Dalilnya , Jom Yop terangkan . Pertama , berdasarkan Riwayat Abu Daud
( 2276 ) berkenaan Hadith , Abdullah Bin Amru pernah berkata : Katanya :

Rasulullah SAW ditemui oleh seorang wanita dan berkata:

“ Wahai Rasulullah ! Sesungguhnya akulah yang mengandungkan anakku ini , susu akulah yang menjadi minumannya , dan akulah penjaganya . Bapanya telah menceraikan aku dan sekarang dia ingin mengambil anakku .”

Rasululllah SAW bersabda:

“ Kamu lebih berhak daripadanya , selagi kamu tidak berkahwin lain. ”

Apa yang diterangkan di sini , Rasullullah saw cakap . Selagi bekas Isteri ( Suami ) tersebut
belum berkahwin lain , maka dia kena tunaikan Tanggungjawapnya memberikan Nafkah kepada
anak yang belum mumayiz . Jika Bekas Isteri tersebut dah berkahwin lain , Maka Si Suami
berhak untuk mendapatkan Hak Penjagaan Anak dan tak perlu lagi berjumpa dengan bekas Isteri seperti selalu yang Suami buat jumpa dengan anak untuk beri nafkah . Selalunya , Jaranglah Suami nak failkan Tuntutan Hak Penjagaan jika dah beristeri baru , tambahan pulak dengan isteri baru ini pun ada anak . Lagi nak mengelak ada . Kecuali Hal Hal Tertentu yang melibatkan keselamatan anak . Itu mungkin . Jika tidak silap , dan jika nak periksa fatwa ini betul atau tidak , sekarang ini dunia makin canggih segala hal maklumat hanya berada di hujung jari jer . boleh lawati laman web Mufti Agama Islam di Negari masing masing.

CEMBURU JANGAN KETERLALUAN
Wanita mana yang apabila sudah berkahwin tidak sayang kepada suami , bohonglah jika dikatakan tidak sayang pada suami . Jika tidak sayang pada suami , masakan mempunyai sifat cemburu , bimbang dan sebagainya jika suami mempunyai hubungan dengan wanita lain . aih.. panas hati oo.. dan nak tambah panas hati . Iblis bagi kipas baik punya.. lagi besar dari kipas Helicopter . Mendidih , kecik besar semua ada . Jangan seperti ini , ketahuilah bahawa semasa kita ( wanita ) sedang menghadapi situasi seperti ini . Pahala besar yang sedang menanti jika boleh bersabar . kalau tak sabar , Pahala tak dapat . Kebarangkalian Matematik Dosa besar pula yang menanti .
Berdasarkan Firman Allah swt menerusi Surah An-Nisaa ( ayat 32 ) sila periksa :

" Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan ( ingin mendapat ) limpah kurnia yang Allah
telah berikan kepada sebahagian dari kamu ( untuk menjadikan mereka ) melebihi sebahagian
yang lain ( tentang harta benda , ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran ) .  ( Kerana telah tetap ) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan , dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan ; ( maka berusahalah kamu ) dan pohonkanlah
kepada Allah akan limpah kurnianya . Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. "

Dan Menerusi Surah Al-Baqarah ( ayat 155 - 156 ) Sila Periksa : Allah swt berfirman :

" Demi sesungguhnya ! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh)
dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman . Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: ( Iaitu ) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan , mereka berkata :

" Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali ."

Nak buat perangai sabar , tak seindah di tulis , tak senang di cakap dan tak mudah nak buat jika bila datang dan kena kipas dengan Iblis . Cuma Ingat satu perkara jerlah masa nak datang
tak sabar tu.. Budak Jahat tu sekejab lagi Mesti nak datang bagi Nasihat 25 persen .
buat tak tahu sudah . Selamat kepala otak dan tak pening kepala. banyak perkara lain nak fikir
dan kita buat.. ingat yang itu cukup.. mesti selamat . Dan , untuk pesan berlapang dada kita buat wanita yang berkahwin dengan duda mempunyai anak dan suaminya pula pergi menunaikan fardu nafkah pada anak anak kerana Allah swt . Wanita ( Isteri ) bagi lah pesan yakni nasihat pada suami . Kenapa perlu nasihat ?  ada 2 sebab :

1 - Bagi Maklaikat Atib dan Ratib rekod pesan Isteri pada Suami ( Kamu dah berlepas tangan )
2 - Supaya Suami beringat , jangan nak tambah masalah nanti Suami juga yang susah .

BOLEH SURUH SUAMI
FAIL KE MAHKAMAH SYARIAH -
LAWAN PERINTAH BEKAS ISTERI
( DAPATKAN PERINTAH BARU )

Yang Membantutkan Suami yang bertanggungjawap ini sebenarnya adalah kewangan . Suami yang tidak bertanggungjawap , Perintah apa pun dari Mahkamah . Dia akan buat " No Hint " kate orghang perak . buat derkk jer.. macam tak ada apa apa perkara pun berlaku . Kenapa berat suami yang bertanggungjawap ni nak lawan balik untuk mendapatkan perintah baru bagi melapang dadakan si isteri baru dengan cemburu apabila si suami nak sampaikan nakfah pada anak anak ? sebabnya adalah duit dan masa .  Duit nak letak Fee Peguam dan nak berulang alik ke mahkamah . Nak kena ambik Cuti . Nak ambik cuti pulak Bos pulak tak nak tanda tangan , kawan pulak pangkah cuti atau
kekangan kerja . Jika Isteri yang baik hati dan lebih comfrim nak lapangkan dada apa kata infakkan sedikit wang kerana Allah swt bantu suami . Jika Suami tiada masa tak mengapa , Puan boleh tolong carikan peguam . Suami cuma Tanda tangan dan datang jika perlu bila peguam kata kena hadir . Senang . Apo susah aih , kata orang Negeri Sembilan . Tapi Permasalahannya , masing-masing mengigil nak keluar duit .

Persoalanya . Boleh ker tukar Perintah Mahkamah Syariah terdahulu ?

Boleh ! . Tapi Tanya dulu Hakim Mahkamah Syariah . Mesti ada budi bicara Hakim tersebut berkenaan hal ini .

Sekian . Wallahuaklam.
























































































Monday, March 4, 2019

10:40 AM

Parent ( Father and Mother ) : SAID NO FOR A VACCINE IS WRONG AND YOU WILL DO TO PERSECUTION AT THE CHILDREN






Asalamualaikum and may Allah SWT  give a blase to all readers at Ape Yop bloq , long time not write and feel miss to write because barrier time and lot work to take care of . How are you all my readers Ape Yop Bloq , Yop with hope and pray to all my readers in this bloq . My readers are always Allah swt given a good healty to you all.. amin .

Yop want share and given view of the tpic issue of glocal warming in Malaysia is about Parent (Father and Mother), Say No For Vaccine Is Wrong And You Will Do To Persecution At The Children . The some kind people Mother and Father who refuest the vaccine is because their are doubtful to vaccine supplied from Minestry of Health Malaysia is not Halal for use and with the record 2000 cases refuest on the vaccine which involves disease Diphtheria and Polio .

In the report a breaking Newspaper , the latest victims of the refuest vaccine is a famale children 14 month death because acute raspiratory ( Diphtheria ) . Mother's death child said that He did not know because of the rejection of the vaccine he had to take. It will cause the death of the girl due to the rejection of the vaccine.

The parent who rejection the vaccine is because their are confius on the status halal on the vaccine given. Just because of extreme thinking without knowledge. they have to commit a child abuse . hey parent , you should know about what Allah swt telling us on Al Quran by Surah Luqman , on word page 6 : 

" But there are , among men , those who purchase idle tale , without knowledge ( or meaning ) , to mislead ( men ) from the path of Allah and throw ridicule ( on the path ) : for such there will be a Humiliating Penalty " 

and the others word page 20 on the same Surah Luqman , Allah swt word :

" Do ye not see that Allah has subjected to your ( use ) all things in the heavens and on earth, and has made his bounties flow to you in exceeding measure , (both) seen and unseen ? 
Yet there are among men those who dispute about Allah , without knowledge and 
without guidance , and without a Book to enlighten them ! " 

Went discussing about the parent issue on rejection on the vaccine , their want a concrete fact went talking about it . ok let Yop show more the concrete about fact in Al Quran , Went Allah swt said on Surah Al Baqarah . Page word 195 : 

" and make not your own hands contribute to ( your ) destruction ; 
   but do good ; for Allah loveth those who do good . " 

So , is very clear went Allah swt said to human especially to parent ( Father and Mother ) do not make contribute to destrcuction . Parent should be thankful on give a child . Please take care of children and love the children . 



Sunday, September 16, 2018

3:25 PM

AWASLAH TERHADAP SEGALA PERJANJIAN YANG DI BUAT


Asalamualaikumdan salam sejahtera buat pembaca bloq Ape Yop yang di rahmati Allah swt .
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W , ahli keluarga Nabi
dan para sahabat baginda . Alhamdulillah , bertemu lagi kita lagi dalam coretan Yop yang 
tidaklah seberape ini  dan di harap juga para pembaca bloq Ape Yop ini , senantiasa dalam 
keadaan sihat sejahtera hendaknya . 

Tajuk yang ingin Yop kongsikan kali ini . Barangkali , semua orang  tahu dan sememangnya 
tahu serta ada juga yang tak tahu , kurang tahu dan buat buat tidak tahu terhadap setiap akad  
atau dalam istilah umum atau perniargaan yakni perjanjian yang  kita ikrarkan .

“ Ape Yop kamu ni , Akad itukan yang masa nak nikah atau masa nak bayor zakat fitrah .
Kena buat satu lafaz urusan. Itulah namanya Akad. “ kebanyakkan ramai yang akan 
berkata sedemikian .

Tahukah anda bahawa akad itu sebenarnya bukan sahaja dilakukan semasa upacara akad nikah 
dan lafaz semasa membazar zakat tetapi ia merupakan satu perjanjian yang harus dilaksanakan
apabila ia di lafaz , akad akan terwujud setelah sesuatu perjanjian di antara dua pihak dan apabila
sesuatu perkara yang diusulkan itu di persetujui antara kedua dua maka kedua dua belah pihak
yang mengadakan sesuatu urusan perlu melalui proses akad ( perjanjian ) ini .

Selalunya lafaz akad ( perjanjian ) ini terwujud melalui dalam urus nirga dengan bank
yang telah mengamalkan cara urusan dalam Islam dan sebelum adanya istilah akad
dalam urusan perbankkan sebelum ini , ia di panggil dengan nama Inggeris yakni Kontrak.

Akad dalam maksut kamus adalah membawa kepada pencerahan ayat bermakna  
‘ mengikat ‘  atau ‘Ikrar ‘atau lebih bersuluh lagi bermaksut ‘ Janji ‘

Menerusi  surah  Al-Maaidah , pada awal ayat pertama Allah swt seru kepada umat manusia
adalah berkaitan dengan tunaikanlah segala perjanjian yang telah dilakukan . 

“ Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian. “

Surah Al-Maaidah : ayat 1 .

Umpama suatu akad urusan yang termerai ,berkaitan dengan awaslah terhadap segala akad
( perjanjian ) yang dilakukan . tidaklah sempurna urusan jual beli seekor lembu daripada
Penjual kepada pembeli .Semasa menjual kepada pembeli , nak terima duit dulu ni .
Diikrarkan seekor lembu namun , semasa Pembeli datang untuk menuntut lembu yang
diikrarkan semasa urusan dalam jual beli . Penjual menyatakan ia tidak mengetahui dan
tidak pernah tahu akan adanya ikrar bahawa Penjual itu  berjanji untuk menjualkan lembunya
kepada pembeli . Pembeli yang pulang lepas ikrar akad  balik ambik tali , nak heret lembu bawak
balik , datang semula . Penjual Tipu , Tali Lembu ada . Pembeli bawa , Lembu tiada .
Penjual geleng tapak tangan . Itu merupakan salah satu bentuk segelintir manusia .
Perkara berkenaan hal ini juga , ada di terangkan di dalam surah Al Quran menerusi
Surah Saad : ayat 21 sehingga 24




Terjemahan ayat :

( Bahasa Malaysia )
                     
Dan sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) berita (perbicaraan dua) orang 

yang berselisihan? Ketika mereka memanjat tembok tempat ibadat ; Iaitu ketika mereka 

masuk kepada Nabi Daud, lalu ia terkejut melihat mereka; mereka berkata kepadanya: 

" Janganlah takut, (kami ini) adalah dua orang yang berselisihan, salah seorang dari kami 

telah berlaku zalim kepada yang lain; oleh itu hukumkanlah di antara kami dengan adil , 

dan janganlah melampaui (batas keadilan), serta pimpinlah kami ke jalan yang lurus. 

" Sebenarnya orang ini ialah (seorang sahabat sebagai) saudaraku; ia mempunyai 

sembilan puluh sembilan ekor kambing betina dan aku mempunyai seekor sahaja; 

dalam pada itu ia (mendesakku dengan) berkata: ' Serahkanlah yang seekor itu kepadaku ', 

dan dia telah mengalahkan daku dalam merundingkan perkara itu".


Nabi Daud berkata: 

" Sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu 

(sebagai tambahan) kepada kambing-kambingnya; dan sesungguhnya kebanyakan dari 

orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai lapangan hidup), 

setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang beriman 

dan beramal soleh; sedang mereka amatlah sedikit ! " Dan Nabi Daud (setelah berfikir sejurus) , 

mengetahui sebenarnya Kami telah mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu ia memohon ampun 

kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta ia rujuk kembali (bertaubat).

( Tranlation In Engglish )

Has the Story of the Disputants reached thee? Behold, they climbed over the wall of the private chamber;

When they entered the presence of David, and he was terrified of them, they said: "Fear not: we are two disputants , 

one of whom has wronged the other: Decide now between us with truth, and treat us not with injustice, but guide us to 

the even Path..

" This man is my brother: He has nine and ninety ewes, and I have (but) one: Yet he says, 'commit her  to my care,' 

and is (moreover) harsh to me in speech. "

(David) said: 


" He has undoubtedly wronged thee in demanding thy (single) ewe to be added to his (flock of) ewes: truly many are

the partners (in business) who wrong each other: Not so do those who believe and work deeds of righteousness, and 

how few are they ? "...and David gathered that We had tried him: he asked forgiveness of his Lord, fell down, 

bowing (in prostration), and turned (to Allah in repentance).



Begitulah juga kegagalan atas segala urusan , Sama ada urusan pinjaman. Hutanglah, Pendek cerita .
Pandai hutang, tak reti nak membayar . Mahu pun segala Janji besar bagi faedah kesejahteraan
umum daripada pemerintah kepada rakyat .

Dalil apakah dalam surah Al Quran yang menyentuh berkenaan topik Akad ini yop ?.
Banyak , jika nak di tulis di dalam bloq ini . Mungkin lebih dari sehari Yop nak tulis
tetapi yop bagi surah aje ler yer . Baca Al Quran dan semak terjemahan maksut itu sendiri
baru dapat pahala . Ok , ini antara surahnya yang menyentuh berkenaan Akad ( Perjanjian ) : 


1- Perjanjian Manusia dengan Allah swt sebagai Pencipta ( Kalimah Syahadah ) 
    dan Suruhan Sembahyang menerusi Surah Al Baqarah : ayat 21

2-  Berkaitan Zakat : Surah Al Baqarah  : ayat 43 

3-  Berkaitan Hutang Piutang : Surah Al Baqarah : ayat 282 

4-  Berkaitan Perniargaan Sukat Menyukat ( Timbang sukatan )
     Surah Al Mutaffifiin   

5-  Berkaitan Perkahwinan , makan minum , kewajiban suami isteri
     dan terhadap anak  : Surah Al Baqarah ayat 228- 232 , 241 ,
      An Nissa ( ayat 4 ) Surah An Nur ( 32 - 33 ) 

6-  Berkaitan wasiat : Surah Al Baqarah ayat : 180 - 182

7 - Perjanjian Pemimpin Ikrar Janji yang akan di tunaikan  ( Bai ' ah ) :
     Surah Al Fath ayat 10

8- Perjanjian Perang ( Gencatan Senjata ) :
    Surah Al Fath ayat 20

Sekian Wallahuaklam .






Wednesday, July 11, 2018

8:34 AM

Wahai Ibu Bapa : Ketahui Mengapa Anak Anak Suka Berkepit



Asalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca Ape Yop yang di Rahmati Allah swt sekalian.

" Segala puji tertentu bagi Allah,
Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam .
Yang Maha Pemurah,lagi Maha Mengasihani.Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan
(hari akhirat).
Kepada Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah 
sahaja kami memohon pertolongan.Tunjukilah kami jalan yang lurus.Iaitu jalan orang-orang 
yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka,bukan (jalan) orang-orang yang 
Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. "

Surah Al Faatihah : Ayat 1 - 7

Alhamdulillah , kita dipertemukan lagi dengan izin Allah swt buat para pembaca bloq Ape Yop ini .
Jika kita sebagai Ibu Bapa selusuri dari senjak anak anak kita senjak dilahirkan, kita akan merasai
nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt yakni sesuatu nikmat yang tidak terhingga nilainya.
Adakalanya , apabila semakin membesar anak anak kita . Ada di kalangan Ibu bapa akan merasai
kerimasan yang mana , anak anak ini a
sik nak berkepit jer. Ibu-ibu dan bapa bapa perasan tak, 
dalam sehari tu akan ada 4 hingga 5 kali anak datang pada kita. Tiba-tiba je dia datang menyendeng 
kat kita. Tarik tangan lah, pegang muka kita suruh pandang dia lah.
Dia peluk kita, cium kita. Kadang kalau tangan tengah pegang mainan, dia bagi pada kita. Padahal tadi 
dia tengah sibuk main. Haaa, Inilah namanya 'cuddle time'.
Saat-saat yang anak nak sangat kita bagi perhatian pada dia. Nak bermanja gedik-gedik dengan kita. 
Tapi tempoh bermanja ni tak lama pun. Paling lama pun setakat 10 minit je dia duduk lepak dengan kita.
Dah puas dapat apa dia nak, dia lari lah sibuk dengan aktiviti dia semula.
Okay, 'cuddle time' anak-anak ni sebenarnya kan waktu yang paling efektif dan tepat untuk kita buat 
aktiviti yang positif untuk anak-anak. Sebab waktu ni dia tengah datang serah diri pada kita.
Dia nak sentuhan dan rangsangan daripada kita. Otak dia pun dalam keadaan yang relaks dan tenang. 
Jadinya, 'cuddle time' inilah waktu yang terbaik kita nak :
1) ajar anak bercakap
2) tegur salah anak
3) pesan perkara baik-baik atau nasihat pada anak
Otak anak yang tengah relaks ni jadi disebabkan oleh adanya gelombang alpha. Gelombang alpha yang buatkan otak anak clear dari sebarang kekusutan, bantu untuk create creativity anak dan sediakan otak anak untuk terima sesuatu yang positif. Otak anak memang tengah fokus waktu ni. Jadinya, ibu dan ayah jangan lepaskan peluang ni untuk beritahu atau ajar anak sesuatu yang baik. Tinggalkan sekejap kerja yang kita buat. Jauhkan dulu gadget yang tengah kita sibukkan.
Untuk anak yang masih dalam training bercakap, yang tengah kumpul kosa kata (vocabulary) dalam kamus otak dia, gunakan 'cuddle time' ini dengan sebaiknya.
Sebelum hadirnya 'cuddle time' kita sebagai ibu bapa digalakan menggunakan teknik conversation atau storytelling. Sambil-sambil peluk dan cium anak tu, sambil tu kita bersembang dengan dia. Time ini lah 
nak bermesra dengan anak-anak..kan .
Kakak PENAT ke ni?
Kakak PENAT buat apa tadi?
Kakak PENAT main apa tu?
Cuba cerita kat Ayah kenapa Kakak PENAT.
Kakak rehat kat Ayah ye bagi hilang PENAT.
Dan macam biasa, no respons melainkan dok tunjuk muka manja dia. But its ok, otak dia tengah serap apa yang kita bualkan tadi. Untuk anak-anak yang dah faham keadaan, dah pandai bercakap dan faham apa kita cakap,  'cuddle time' inilah masa yang palingggg bagus nak tegur salah anak-anak atau nak pesan perkara yang baik-baik. Kalau tadi anak ada buat silap, kita buang rasa 'hangin' dan marah kita, peluk dia dan tegur secara lembut dan penuh kasih sayang.
Sebagai contoh pertanyaan kita nak tanya , kalau ayah dan ibu di luar sana panggil anak lelaki " Abang " 
jadi " Abang lah " . Jika Perempuan, " Kakak " jadi " Kakak lah ".
"Kenapa tadi Kakak mengamuk sampai baling mainan Kakak ? Kakak tak takut ke kalau 
mainan tu rosak? Kalau dah rosak nanti tak boleh main dah. Ayah tak beli mainan baru dah tau 
kat Kakak nanti . " 
Buat buat la memek muka sikit ( Drama ) macam marah tapi tak. Biasakan anak anak 
kenal bahasa badan ( Body Language ) supaya mereka tahu yang mana kena marah , 
yang mana kena puji dan pelbagai lagi memek muka . Tapi , jangan Sesekali Marah anak anak 
melebihi had sampai patah kawan tu, mati. Bukan sahaja Allah swt marah , malah manusia 
di sekeliling anda akan menambahkan cuka kicap untuk mengecam anda, selain itu mungkin 
kalian akan kena terkena dengan Akta Kanak kanak. Okay kita sambung perihal 'cuddle time'. 
Kita bersembang lagi dengan anak anak kita.
Kalau Kakak nak apa-apa, Kakak cakap elok-elok dengan Ayah atau Ibu . Kalau Ibu kata 
tunggu sekejap, Kakak sabar lah sikit. Tunggu Ibu siapkan kerja Ibu dulu. Lepas tu Ibu nanti , 
Ibu layanlah Kakak main. Kakak kan anak solehah. Sayang Kakak, sayang Ayah . 
Kakak suka kan dengar cakap Ibu ."
Atau nak pesan, nasihat anak kita :
"Kakak, ingat tau. Nanti kalau kita pergi mall, Ayah tak beli mainan Kakak . 
Kita pergi jalan-jalan je. Mainan Kakak kan dah banyak kat rumah. Yang dekat mall tu 
mainan orang lain punya. Bukan Kakak punya."

Cuma satu yang perlu kita ingat, penerimaan anak-anak pada apa yang kita cakap dan ajar tak semestinya berkesan waktu tu juga. Masih tetap bergantung pada tahap kematangan dan 
perkembangan otak anak. Jarang sangat bila sekali cakap anak dah terus boleh ingat atau 
behave. Biasanya mungkin 10 kali cakap benda yang sama. Ada yang perlukan beratus kali 
peringatan baru boleh lekat kat otak dia.
Bergantung.
Yang penting kita sebagai ibu dan ayah jangan cepat mengalah untuk ajar dan terus didik anak-anak. Berpesan-pesanlah kita dengan kesabaran pada perkara kebaikan. Itu Allah swt pesan pada kita dalam Al -Quran. Lagi-lagi pada anak sendiri. Ingat, apa yang kalian ajar pada anak anak, Buruk dan baik nya nanti mendatangkan saham terbaik buat di akhirat sana.
Sedangkan kita udah besor gajah panjang ni pun cakap banyak kali diingatkan supaya solat di awal waktu, yang dituntut sangat-sangat dalam Islam. Pun banyaknya tak buat. Ni kan budak, pesan sekali terus amal. Jawapannya memang tak lah kan?
Sabar dan buat, buat, buuuuuat je. Jalan terus, jalan lurus. Jangan mengeluh , dont give up