Friday, February 16, 2018

AWAS : Penyebaran Al Quran dan Hadith Palsu Merosakkan Akidah



Asalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca Ape Yop
yang di Rahmati Allah swt sekalian . Segala puji tertentu bagi Allah,
Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam .
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani .
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
Kepada Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan
kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan)
orang-orang yang sesat.

Surah Al Faatihah : Ayat 1 - 7

Alhamdulillah , kita dipertemukan lagi dengan izin Allah swt
buat para pembaca bloq Ape Yop ini . Para Pembaca yang di kasehi
Allah SWT sekalian , di akhir zaman ini saudara dan saudari
pelbagai perkara yang pelik pelik akan berlaku .
Saban tahun Penganut Agama di dalam dunia ini bertambah semakin hari
semakin banyak dan umat manusia di serata dunia secara hakikinya
bebas menganuti agama yang mereka ingin anuti . Dan Setiap agama
di dalam dunia ini tersebar melalui penyebaran mengikut pengertian
dan cara penyebaran itu di sampaikan . Tidak terkecuali dengan
Dakwah Agama Islam .

Di alaf ini saudara dan saudari di kasehi Allah swt ,
kita didedahkan dengan kecangihan teknologi dan Media Sosial
dengan begitu mudah serta penyampaian maklumat itu
cepat dapat di sebarkan , berbeza pada era bawah 80 an .
Dimana Penyebaran segala Maklumat itu sangat terhad dan
lambat untuk di sampaikan . Maklumat mudah di tapis dan di perhalusi.
Namun begitu , Penyebaran agama sesat dan Penyebaran Dakwah
maklumat berkaitan ilmu agama yang salah tetap juga menyusur.

Berbeza di zaman Melenium ini ,di mana media sosial dan
kecanggihan teknologi ini, penyebaran ilmu itu sudah tidak menjadi rumit .
Dengan ada nya internet di tangan , di setiap penjuru rumah ,
atau  mana mana sudut dengan selesa ia di selusuri maka keinginan
dan pembelajaran ilmu penyebaran berkaitan ilmu berkaitan kerohanian itu
amat mudah di perolehi .

TAHUKAH ANDA ?

Penyebaran ayat ayat Al Quran dan Hadith palsu boleh
mengakibatkan kerosakkan akidah seseorang umat islam.
keterangan ini di jelaskan melalui Surah Al Israa menerusi
ayat 36 yang di terjemahkan berbunyi :

" Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau
tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran
dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap
akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. "

( kredit : http://www.iium.edu.my/deed/quran/malay/ )

Tidak menjadi satu kesalahan untuk menyebarkan Ilmu yang kita ada,
asalkan pasti dan yakin akan kesahihannya bersama dalil daripada
al-Quran dan Sunnah, maka menjadi kewajipan atas kita
untuk menyampaikan kepada orang lain. Sama ada sebagai berpesan pesan nasihat ,
memotivasikan diri dan amaran buat diri sendiri mahupun manusia lain .
Seumpamanya , " sampaikanlah walau sepotong ayat " menerusi
hadith Riwayat Bukhari. Yang menjadi kesalahannya adalah cara penyampai
yang tidak betul , benar dan sanad dari kesahihan ilmu itu sendiri .

Pentingnya Pembelajaran Al Quran Dan Ilmu Takhrij Hadith
Mempelajari Pembacaan Al Quran dan terjemahan isi kandungan dari
ayat ayat suci Al Quran itu sendiri perlu melalui guru dan kesahihan
pembelajaran dan sumber yang betul . Manakala Memahami kepentingan
mempelajari ilmu tujuan memastikan apa yang diamalkan itu benar-benar
daripada ajaran Rasulullah SAW atau sebaliknya. Perkataan takhrij dari sudut
bahasa Arab membawa beberapa maksud, antaranya ialah menampakkan dan
memperlihatkan.

Lapan kepentingan ilmu takhrij Hadith iaitu:

1) Mengenal pasti kedudukan hadis dalam sumber rujukan asal.

2) Mengenali perawi hadis dan mengetahui kedudukan
    Hadith dari sudut al-Jarh wa al-Ta'dil.

3) Mengumpulkan sanad bagi sebuah hadis seterusnya
    mengetahui jenisnya dari sudut bilangan riwayatnya sama ada
    mutawatir, masyhur, aziz atau pun gharib.

4) Membezakan hadis yang mempunyai asal dengan hadis
    yang tidak mempunyai asal.

5) Mengenal pasti darjat dan status hadis sama ada
    sahih atau daif, diterima atau ditolak.

6) Mengenal pasti keadaan hadis dan jenisnya
     dengan melihat kepada sifat yang terdapat
     pada sanad dan matan.

7) Membezakan jenis-jenis kelemahan tersembunyi
     yang terdapat pada hadis.

8) Mengenal pasti sama ada sesebuah hadis itu
    bersambung atau terputus.

Justeru saudari dan saudari yang di kasehi oleh Allah SWT ,
ketahuilah bahawa " Dan tiap-tiap seorang dari umat manusia itu
Allah SWT akan kalongkan bahagian nasibnya di lehernya, dan
pada hari kiamat kelak Allah SWT akan keluarkan kepadanya kitab
(suratan amalnya) yang akan didapatinya terbuka (untuk di tatapnya)."
Menerusi Surah Al Israa : ayat 13 dan pada surah yang sama pada ayat 19
Allah SWT memperingati kepada kita semua umat manusia
" Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan
amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya,
sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya,
diberi pahala akan amal usahanya." .

Selamat beramal Makruf .



No comments:

Post a Comment