Friday, March 22, 2019

HUKUM KELUAR DENGAN BEKAS ISTERI BERSAMA ANAK KECIL







Asalamualaikum Para Pembaca Ape Yop yang dirahmati Allah swt, di zaman yang semakin mencabar ini . Di saat kita sebagai ibu bapa mencari rezeki bagi menafkahkan keperluan keluarga ,pelbagai rintangan dan cabaran yang kita sebagai suami isteri akan hadapi .

Di antara cabaran yang akan di hadapi oleh sesebuah Institusi keluarga itu adalah berkaitan Hukum dan Peradapan dalam rumahtangga itu sendiri . Bersyukurlah kita sekiranya,Bahtera rumahtangga yang kita sebagai seorang Suami yang dilayari bersama seisi anak kapal dalam keadaan tenang dan sejahtera .

Walau terdapat jua dugaan dan ujian yang ditempuhi , di hadapi dengan penuh tabah dan kesabaran melalui ilmu dan kasih sayang dalam lindungan rahmat dari Allah swt .

Dalam jutaan umat di Malaysia ini yang mendirikan rumahtangga , pasti keseluruhan kita yang berkahwin menginginkan rumahtanga yang di bina kekal hingga ke syurga Allah swt . Namun tampa kita duga , atas kesilapan yang mungkin dari keterlanjuran Lidah dan tutur kata yang membawa ke natijah yang lebih buruk atau Sikap dari kita sama ada Suami atau Isteri yang terlupa akan batas batas yang telah ditetapkan oleh syariat .

Maka Kita sama sekali meruntuhkan sendiri mahligai yang kita bina atas dasar kasih sayang yang
di ikrarkan sebelum Ijab Qabul itu di lakukan .

Antara yang mungkin,menjadi kebingungan para Suami atau Isteri yang menhadapi saat selepas
di faraqkan perkahwinan atau lebih tepat sekali ialah mereka yang sudah bercerai dan mempunyai cahaya mata hasil dari perkahwinan mereka. Sudah tentu,tanggungan anak itu akan menjadi tajuk perbualan dan pertanyaan bekait dengan hukum hukum tertentu dalam memastikan pihak yang mendapat hak penjagaan tersebut ingin mengetahui batas batas setelah penceraian itu berlaku dan sebagaimana pihak yang perlu memnunaikan tanggungjawap tersebut mejalankan kewajiban tersebut. Selalunya ia berkait dengan hal suami bertemu dengan bekas isteri dalam memberikan nafkah kepada anak .

Terpanggil untuk Yop menulis berkenaan tajuk di atas kerana ramai dikalangan rakyat Malaysia
yang kahwin lewat . Tidak kurang juga ada dikalangan wanita di Malaysia berkahwin dengan
seorang lelaki yang mempunyai seorang anak kecil .Tidak kiralah berapa usia anak itu bukanlah
satu persoalannya ,Kebimbangan dan keresahan utama seseorang wanita itu adalah :

1 - Mempunyai perasaan ragu ragu atau curiga ketika suami beliau berjumpa bekas isteri .

2 - Ingin nak tahu Dalil ( Hukum ) atau Fatwa yang membolehkan suami nak berjumpa
dengan bekas Isteri dengan niat meluangkan masa bersama anak anak ?

3 - Bekas isteri ( Suami ) tidak mahu Saya sebagai Isteri baru nya ada semasa Suami jumpa Bekas isteri untuk beri nafkah anak anak atau beli keperluan anak anak .

" She want Cup Alone "

Perempuan mana yang tidak bimbang apabila mendengar suami nak berjumpa dengan perempuan lain , tambahan bekas isteri .Kebarangkalian Menyondol Viral 2019 ni peratusnya agak tinggi untuk suami buat Pusingan U . Dan Nasip diri mungkin menjanda atau bermadu . Bermadu adalah istilah paling pantang buat wanita . Jangan di sebut Untuk bermadu . Makan Madu Shuib Sepahtu tak mengapa , tapi jangan bermadu tambah cawangan baru .. ohohoholic.. perang dingin la jadi nya.Berbalik kepada Tajuk topik yakni Hukum Suami Keluar Dengan Bekas Isteri yang yop boleh sampaikan bagi menenangkan fikiran agar pembaca wanita Ape Yop diluar sana tidak over berfikiran cemburu keterlaluan ( menyuruh bersangaka baik ) terhadap suami kita yang sangat di cintai.

HUKUM KELUAR DENGAN BEKAS ISTERI BERSAMA ANAK KECIL
Pada asalnya , hukum bekas pasangan suami isteri berjumpa adalah sama seperti dua orang yang ajnabi (asing) berlainan jantina berjumpa . Berkenaan hukumnya , ia perlu melihat kepada keperluan . Sekiranya tidak ada keperluan , sedangkan perjumpaan tersebut membawa kepada memandang , berkhalwat , dan bercakap secara mesra antara satu sama lain , maka , Syarak tidak dibenarkan . Ini jelas berdasarkan firman Allah swt di dalam Surah An-Nuur ( ayat 30 ) boleh semak .
Yang membawa maksut :

" Katakanlah ( wahai Muhammad ) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka . Yang demikian itu lebih suci bagi mereka ; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan . ”

Haaa , memang jelas Allah swt melarang dari Suami yang telah bercerai dengan Belas isterinya tadi bertemu tetapi , ada tetapinya . berdasarkan firman Allah swt menerusi Surah An-Nisaa ( ayat 34 ) menyatakan bahawa :

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan , oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas
orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan ( memberi nafkah ) sebahagian dari harta mereka . "

Jadi , jika Suami yang telah bercerai dengan belas isterinya mempunyi hak untuk bertemu dengan anak anak suami tersebut bagi melunaskan nafkah untuk anak anak hukumnya HARUS . Tetapi bukan untuk bagi nafkah batin (buat anak baru - dengan bekas isteri ) . Ini berdasarkan firman Allah swt melalui Surah An Nisaa ( ayat 59 ) sila periksa :

" Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada " Ulil-Amri " ( orang-orang yang berkuasa ) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara , maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada ( Kitab ) Allah ( Al-Quran ) dan ( Sunnah ) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat . Yang demikian adalah lebih baik ( bagi kamu ), dan lebih elok pula kesudahannya. "

Maka , bila sudah Allah swt berfirman seperti itu . Para Ulamak , pasti akan mengeluarkan Fatwa berkenaan hal ini . Dan Pastinya Ada dalil dalil yang membolehkan Hukum " Harus " ini
terpakai . Apa Dalilnya , Jom Yop terangkan . Pertama , berdasarkan Riwayat Abu Daud
( 2276 ) berkenaan Hadith , Abdullah Bin Amru pernah berkata : Katanya :

Rasulullah SAW ditemui oleh seorang wanita dan berkata:

“ Wahai Rasulullah ! Sesungguhnya akulah yang mengandungkan anakku ini , susu akulah yang menjadi minumannya , dan akulah penjaganya . Bapanya telah menceraikan aku dan sekarang dia ingin mengambil anakku .”

Rasululllah SAW bersabda:

“ Kamu lebih berhak daripadanya , selagi kamu tidak berkahwin lain. ”

Apa yang diterangkan di sini , Rasullullah saw cakap . Selagi bekas Isteri ( Suami ) tersebut
belum berkahwin lain , maka dia kena tunaikan Tanggungjawapnya memberikan Nafkah kepada
anak yang belum mumayiz . Jika Bekas Isteri tersebut dah berkahwin lain , Maka Si Suami
berhak untuk mendapatkan Hak Penjagaan Anak dan tak perlu lagi berjumpa dengan bekas Isteri seperti selalu yang Suami buat jumpa dengan anak untuk beri nafkah . Selalunya , Jaranglah Suami nak failkan Tuntutan Hak Penjagaan jika dah beristeri baru , tambahan pulak dengan isteri baru ini pun ada anak . Lagi nak mengelak ada . Kecuali Hal Hal Tertentu yang melibatkan keselamatan anak . Itu mungkin . Jika tidak silap , dan jika nak periksa fatwa ini betul atau tidak , sekarang ini dunia makin canggih segala hal maklumat hanya berada di hujung jari jer . boleh lawati laman web Mufti Agama Islam di Negari masing masing.

CEMBURU JANGAN KETERLALUAN
Wanita mana yang apabila sudah berkahwin tidak sayang kepada suami , bohonglah jika dikatakan tidak sayang pada suami . Jika tidak sayang pada suami , masakan mempunyai sifat cemburu , bimbang dan sebagainya jika suami mempunyai hubungan dengan wanita lain . aih.. panas hati oo.. dan nak tambah panas hati . Iblis bagi kipas baik punya.. lagi besar dari kipas Helicopter . Mendidih , kecik besar semua ada . Jangan seperti ini , ketahuilah bahawa semasa kita ( wanita ) sedang menghadapi situasi seperti ini . Pahala besar yang sedang menanti jika boleh bersabar . kalau tak sabar , Pahala tak dapat . Kebarangkalian Matematik Dosa besar pula yang menanti .
Berdasarkan Firman Allah swt menerusi Surah An-Nisaa ( ayat 32 ) sila periksa :

" Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan ( ingin mendapat ) limpah kurnia yang Allah
telah berikan kepada sebahagian dari kamu ( untuk menjadikan mereka ) melebihi sebahagian
yang lain ( tentang harta benda , ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran ) .  ( Kerana telah tetap ) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan , dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan ; ( maka berusahalah kamu ) dan pohonkanlah
kepada Allah akan limpah kurnianya . Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. "

Dan Menerusi Surah Al-Baqarah ( ayat 155 - 156 ) Sila Periksa : Allah swt berfirman :

" Demi sesungguhnya ! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh)
dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman . Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: ( Iaitu ) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan , mereka berkata :

" Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali ."

Nak buat perangai sabar , tak seindah di tulis , tak senang di cakap dan tak mudah nak buat jika bila datang dan kena kipas dengan Iblis . Cuma Ingat satu perkara jerlah masa nak datang
tak sabar tu.. Budak Jahat tu sekejab lagi Mesti nak datang bagi Nasihat 25 persen .
buat tak tahu sudah . Selamat kepala otak dan tak pening kepala. banyak perkara lain nak fikir
dan kita buat.. ingat yang itu cukup.. mesti selamat . Dan , untuk pesan berlapang dada kita buat wanita yang berkahwin dengan duda mempunyai anak dan suaminya pula pergi menunaikan fardu nafkah pada anak anak kerana Allah swt . Wanita ( Isteri ) bagi lah pesan yakni nasihat pada suami . Kenapa perlu nasihat ?  ada 2 sebab :

1 - Bagi Maklaikat Atib dan Ratib rekod pesan Isteri pada Suami ( Kamu dah berlepas tangan )
2 - Supaya Suami beringat , jangan nak tambah masalah nanti Suami juga yang susah .

BOLEH SURUH SUAMI
FAIL KE MAHKAMAH SYARIAH -
LAWAN PERINTAH BEKAS ISTERI
( DAPATKAN PERINTAH BARU )

Yang Membantutkan Suami yang bertanggungjawap ini sebenarnya adalah kewangan . Suami yang tidak bertanggungjawap , Perintah apa pun dari Mahkamah . Dia akan buat " No Hint " kate orghang perak . buat derkk jer.. macam tak ada apa apa perkara pun berlaku . Kenapa berat suami yang bertanggungjawap ni nak lawan balik untuk mendapatkan perintah baru bagi melapang dadakan si isteri baru dengan cemburu apabila si suami nak sampaikan nakfah pada anak anak ? sebabnya adalah duit dan masa .  Duit nak letak Fee Peguam dan nak berulang alik ke mahkamah . Nak kena ambik Cuti . Nak ambik cuti pulak Bos pulak tak nak tanda tangan , kawan pulak pangkah cuti atau
kekangan kerja . Jika Isteri yang baik hati dan lebih comfrim nak lapangkan dada apa kata infakkan sedikit wang kerana Allah swt bantu suami . Jika Suami tiada masa tak mengapa , Puan boleh tolong carikan peguam . Suami cuma Tanda tangan dan datang jika perlu bila peguam kata kena hadir . Senang . Apo susah aih , kata orang Negeri Sembilan . Tapi Permasalahannya , masing-masing mengigil nak keluar duit .

Persoalanya . Boleh ker tukar Perintah Mahkamah Syariah terdahulu ?

Boleh ! . Tapi Tanya dulu Hakim Mahkamah Syariah . Mesti ada budi bicara Hakim tersebut berkenaan hal ini .

Sekian . Wallahuaklam.
























































































No comments:

Post a Comment