Asalamualaikum warahmatullahi wabarukatuh
buat pembaca yang sudi melawati bloq Apeyop ini.
"Segala puji tertentu bagi Allah,
Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani ."
Surah Al Faatihah : ayat 1 - 3
Kita semua amat lazim menggunakan surah Al Faatihah ini
khususnya dalam solat fardu dan solat sunat yang lain lain.
Surah Al Faatihah bermula dari ayat 1 sehingga ayat 7 ini bukan sahaja
digunakan untuk bacaan di dalam solat tetapi banyak khasiat , faedah dan
cara penggunaannya . Antaranya
1) Doa pemula dalam awal harian kehidupan
2) Amalan Zikir kepada Allah swt
3) Air Penawar
4) Hadiah Pos Lebih laju Dari Penghantaran Express
ayat doa simple yang dimaksutkan di dalam surah Al faatihah ini
adalah bermula dari ayat 5 sehingga ayat 7 . kebiasaan semua akan baca
mulai dari ayat 1 hingga 7 kerana adap hendak berdoa haruslah memuji muji pada Allah swt.
kerana tiadalah yang layak di puji bagi sekalian makhluk kecuali Allah swt.
Apakah doa nya :
"Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan
kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan
nikmat kepada mereka,
bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan
bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat."
Surah Al Faatihah : ayat 5 - 7
2. Huraian bagi Amalan Zikir kepada Allah swt
Bacaan Al-Fatihah sebanyak 20 kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu
maka Allah SWT akan meluaskan rezekinya, menjdikan baik akhlaknya,
memudahkan urusannya, menghilangkan keperihatinannya dan kesusahannya,
menganugerahkan apa yang ia angan-angankan, ia akan mendapatkan berbagai barakah,
kebaikan dan kemuliaan, menjadikan seseorang itu berwibawa, berpangkat luhur,
berpenghidupan baik dan ia beserta anak-anaknya akan terlindung dari kemudharatan,
kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan
Bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali ketika selesai sembahyang Subuh ,
maka ia akan memperoleh maksudnya dan menemukan apa yang dicari-cari
serta sebaiknya ia panjatkan doa ( bergantung pada perkenan Allah swt untuk Makbul )Cepat , Alhamdulillah . Lambat , Sabor ler yer..
3. Huraian bagi Amalan Air Penawar
Air Penawar paling mustarjab adalah air penawar dari surah Al Faatihah
tapi perlu membaca ayat dari surah Al Faatihah ini dari ayat 1 hingga 7
sampai habis dan di ulang sebanyak 7 kali bersama Surah Al Baqarah
ayat 255 ( Al Kursi ) namun harus di ingat .. perlu juga jumpa dokter
sebagai iktiar lebih lagi untuk sihat .
4. Huraian bagi Hadiah Pos Lebih laju Dari Penghantaran Express
Dalam bercerita tentang surah Al Faatihah ini , Yop suke nok khabor
pada pembaca di luar sana untuk melakukan Amalan Jariah .
APE YOP amalan Jariah ? amalan jariah ini banyak sebenor nye..
tapi paling tak keluar duit satu sen dari poket kite adalah Hadiah.
Banyok hadiah jika kite nok bagi kena pergi pos office kena poskan hadiah
berbeza dengan yang ini , kita cuma khabor jer kite bagi hadiah ni
pada siapa dan bacakan Al faatihah.. Insya Allah kurang sedetik udah sampai
pada orang tersebut . Siape yang mengantor ? Maklaikat .
Jadi banyok banyok ler bagi hadiah kerana manafaat nye ,
yang bagi hadiah pun dapat pahala . Yang terima
pada orang tersebut . Siape yang mengantor ? Maklaikat .
Jadi banyok banyok ler bagi hadiah kerana manafaat nye ,
yang bagi hadiah pun dapat pahala . Yang terima
pun dapat pahala . Suka tak ? apakah dalilnya . moh kite tengok.
Allah swt berfirman :
" (Bermakna bahawa dengan yang demikian) Kami menyegerakan
untuk mereka pemberian kebaikan? (Tidak!) Bahkan mereka tidak menyedari
(hakikatnya yang sebenar).Sesungguhnya orang-orang yang sentiasa bimbang
disebabkan takut kepada (kemurkaan) Tuhan mereka ;
Dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Tuhan mereka;
Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan sesuatu yang lain
dengan Tuhan mereka; Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan
sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka
Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan,
dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya.
Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya;
dan di sisi Kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya
dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya.
Surah Al Mukminun : ayat 56 - 62
No comments:
Post a Comment