Wednesday, July 11, 2018

Wahai Ibu Bapa : Ketahui Mengapa Anak Anak Suka Berkepit



Asalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca Ape Yop yang di Rahmati Allah swt sekalian.

" Segala puji tertentu bagi Allah,
Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam .
Yang Maha Pemurah,lagi Maha Mengasihani.Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan
(hari akhirat).
Kepada Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah 
sahaja kami memohon pertolongan.Tunjukilah kami jalan yang lurus.Iaitu jalan orang-orang 
yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka,bukan (jalan) orang-orang yang 
Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. "

Surah Al Faatihah : Ayat 1 - 7

Alhamdulillah , kita dipertemukan lagi dengan izin Allah swt buat para pembaca bloq Ape Yop ini .
Jika kita sebagai Ibu Bapa selusuri dari senjak anak anak kita senjak dilahirkan, kita akan merasai
nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt yakni sesuatu nikmat yang tidak terhingga nilainya.
Adakalanya , apabila semakin membesar anak anak kita . Ada di kalangan Ibu bapa akan merasai
kerimasan yang mana , anak anak ini a
sik nak berkepit jer. Ibu-ibu dan bapa bapa perasan tak, 
dalam sehari tu akan ada 4 hingga 5 kali anak datang pada kita. Tiba-tiba je dia datang menyendeng 
kat kita. Tarik tangan lah, pegang muka kita suruh pandang dia lah.
Dia peluk kita, cium kita. Kadang kalau tangan tengah pegang mainan, dia bagi pada kita. Padahal tadi 
dia tengah sibuk main. Haaa, Inilah namanya 'cuddle time'.
Saat-saat yang anak nak sangat kita bagi perhatian pada dia. Nak bermanja gedik-gedik dengan kita. 
Tapi tempoh bermanja ni tak lama pun. Paling lama pun setakat 10 minit je dia duduk lepak dengan kita.
Dah puas dapat apa dia nak, dia lari lah sibuk dengan aktiviti dia semula.
Okay, 'cuddle time' anak-anak ni sebenarnya kan waktu yang paling efektif dan tepat untuk kita buat 
aktiviti yang positif untuk anak-anak. Sebab waktu ni dia tengah datang serah diri pada kita.
Dia nak sentuhan dan rangsangan daripada kita. Otak dia pun dalam keadaan yang relaks dan tenang. 
Jadinya, 'cuddle time' inilah waktu yang terbaik kita nak :
1) ajar anak bercakap
2) tegur salah anak
3) pesan perkara baik-baik atau nasihat pada anak
Otak anak yang tengah relaks ni jadi disebabkan oleh adanya gelombang alpha. Gelombang alpha yang buatkan otak anak clear dari sebarang kekusutan, bantu untuk create creativity anak dan sediakan otak anak untuk terima sesuatu yang positif. Otak anak memang tengah fokus waktu ni. Jadinya, ibu dan ayah jangan lepaskan peluang ni untuk beritahu atau ajar anak sesuatu yang baik. Tinggalkan sekejap kerja yang kita buat. Jauhkan dulu gadget yang tengah kita sibukkan.
Untuk anak yang masih dalam training bercakap, yang tengah kumpul kosa kata (vocabulary) dalam kamus otak dia, gunakan 'cuddle time' ini dengan sebaiknya.
Sebelum hadirnya 'cuddle time' kita sebagai ibu bapa digalakan menggunakan teknik conversation atau storytelling. Sambil-sambil peluk dan cium anak tu, sambil tu kita bersembang dengan dia. Time ini lah 
nak bermesra dengan anak-anak..kan .
Kakak PENAT ke ni?
Kakak PENAT buat apa tadi?
Kakak PENAT main apa tu?
Cuba cerita kat Ayah kenapa Kakak PENAT.
Kakak rehat kat Ayah ye bagi hilang PENAT.
Dan macam biasa, no respons melainkan dok tunjuk muka manja dia. But its ok, otak dia tengah serap apa yang kita bualkan tadi. Untuk anak-anak yang dah faham keadaan, dah pandai bercakap dan faham apa kita cakap,  'cuddle time' inilah masa yang palingggg bagus nak tegur salah anak-anak atau nak pesan perkara yang baik-baik. Kalau tadi anak ada buat silap, kita buang rasa 'hangin' dan marah kita, peluk dia dan tegur secara lembut dan penuh kasih sayang.
Sebagai contoh pertanyaan kita nak tanya , kalau ayah dan ibu di luar sana panggil anak lelaki " Abang " 
jadi " Abang lah " . Jika Perempuan, " Kakak " jadi " Kakak lah ".
"Kenapa tadi Kakak mengamuk sampai baling mainan Kakak ? Kakak tak takut ke kalau 
mainan tu rosak? Kalau dah rosak nanti tak boleh main dah. Ayah tak beli mainan baru dah tau 
kat Kakak nanti . " 
Buat buat la memek muka sikit ( Drama ) macam marah tapi tak. Biasakan anak anak 
kenal bahasa badan ( Body Language ) supaya mereka tahu yang mana kena marah , 
yang mana kena puji dan pelbagai lagi memek muka . Tapi , jangan Sesekali Marah anak anak 
melebihi had sampai patah kawan tu, mati. Bukan sahaja Allah swt marah , malah manusia 
di sekeliling anda akan menambahkan cuka kicap untuk mengecam anda, selain itu mungkin 
kalian akan kena terkena dengan Akta Kanak kanak. Okay kita sambung perihal 'cuddle time'. 
Kita bersembang lagi dengan anak anak kita.
Kalau Kakak nak apa-apa, Kakak cakap elok-elok dengan Ayah atau Ibu . Kalau Ibu kata 
tunggu sekejap, Kakak sabar lah sikit. Tunggu Ibu siapkan kerja Ibu dulu. Lepas tu Ibu nanti , 
Ibu layanlah Kakak main. Kakak kan anak solehah. Sayang Kakak, sayang Ayah . 
Kakak suka kan dengar cakap Ibu ."
Atau nak pesan, nasihat anak kita :
"Kakak, ingat tau. Nanti kalau kita pergi mall, Ayah tak beli mainan Kakak . 
Kita pergi jalan-jalan je. Mainan Kakak kan dah banyak kat rumah. Yang dekat mall tu 
mainan orang lain punya. Bukan Kakak punya."

Cuma satu yang perlu kita ingat, penerimaan anak-anak pada apa yang kita cakap dan ajar tak semestinya berkesan waktu tu juga. Masih tetap bergantung pada tahap kematangan dan 
perkembangan otak anak. Jarang sangat bila sekali cakap anak dah terus boleh ingat atau 
behave. Biasanya mungkin 10 kali cakap benda yang sama. Ada yang perlukan beratus kali 
peringatan baru boleh lekat kat otak dia.
Bergantung.
Yang penting kita sebagai ibu dan ayah jangan cepat mengalah untuk ajar dan terus didik anak-anak. Berpesan-pesanlah kita dengan kesabaran pada perkara kebaikan. Itu Allah swt pesan pada kita dalam Al -Quran. Lagi-lagi pada anak sendiri. Ingat, apa yang kalian ajar pada anak anak, Buruk dan baik nya nanti mendatangkan saham terbaik buat di akhirat sana.
Sedangkan kita udah besor gajah panjang ni pun cakap banyak kali diingatkan supaya solat di awal waktu, yang dituntut sangat-sangat dalam Islam. Pun banyaknya tak buat. Ni kan budak, pesan sekali terus amal. Jawapannya memang tak lah kan?
Sabar dan buat, buat, buuuuuat je. Jalan terus, jalan lurus. Jangan mengeluh , dont give up

No comments:

Post a Comment