Sunday, September 16, 2018

AWASLAH TERHADAP SEGALA PERJANJIAN YANG DI BUAT


Asalamualaikumdan salam sejahtera buat pembaca bloq Ape Yop yang di rahmati Allah swt .
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W , ahli keluarga Nabi
dan para sahabat baginda . Alhamdulillah , bertemu lagi kita lagi dalam coretan Yop yang 
tidaklah seberape ini  dan di harap juga para pembaca bloq Ape Yop ini , senantiasa dalam 
keadaan sihat sejahtera hendaknya . 

Tajuk yang ingin Yop kongsikan kali ini . Barangkali , semua orang  tahu dan sememangnya 
tahu serta ada juga yang tak tahu , kurang tahu dan buat buat tidak tahu terhadap setiap akad  
atau dalam istilah umum atau perniargaan yakni perjanjian yang  kita ikrarkan .

“ Ape Yop kamu ni , Akad itukan yang masa nak nikah atau masa nak bayor zakat fitrah .
Kena buat satu lafaz urusan. Itulah namanya Akad. “ kebanyakkan ramai yang akan 
berkata sedemikian .

Tahukah anda bahawa akad itu sebenarnya bukan sahaja dilakukan semasa upacara akad nikah 
dan lafaz semasa membazar zakat tetapi ia merupakan satu perjanjian yang harus dilaksanakan
apabila ia di lafaz , akad akan terwujud setelah sesuatu perjanjian di antara dua pihak dan apabila
sesuatu perkara yang diusulkan itu di persetujui antara kedua dua maka kedua dua belah pihak
yang mengadakan sesuatu urusan perlu melalui proses akad ( perjanjian ) ini .

Selalunya lafaz akad ( perjanjian ) ini terwujud melalui dalam urus nirga dengan bank
yang telah mengamalkan cara urusan dalam Islam dan sebelum adanya istilah akad
dalam urusan perbankkan sebelum ini , ia di panggil dengan nama Inggeris yakni Kontrak.

Akad dalam maksut kamus adalah membawa kepada pencerahan ayat bermakna  
‘ mengikat ‘  atau ‘Ikrar ‘atau lebih bersuluh lagi bermaksut ‘ Janji ‘

Menerusi  surah  Al-Maaidah , pada awal ayat pertama Allah swt seru kepada umat manusia
adalah berkaitan dengan tunaikanlah segala perjanjian yang telah dilakukan . 

“ Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian. “

Surah Al-Maaidah : ayat 1 .

Umpama suatu akad urusan yang termerai ,berkaitan dengan awaslah terhadap segala akad
( perjanjian ) yang dilakukan . tidaklah sempurna urusan jual beli seekor lembu daripada
Penjual kepada pembeli .Semasa menjual kepada pembeli , nak terima duit dulu ni .
Diikrarkan seekor lembu namun , semasa Pembeli datang untuk menuntut lembu yang
diikrarkan semasa urusan dalam jual beli . Penjual menyatakan ia tidak mengetahui dan
tidak pernah tahu akan adanya ikrar bahawa Penjual itu  berjanji untuk menjualkan lembunya
kepada pembeli . Pembeli yang pulang lepas ikrar akad  balik ambik tali , nak heret lembu bawak
balik , datang semula . Penjual Tipu , Tali Lembu ada . Pembeli bawa , Lembu tiada .
Penjual geleng tapak tangan . Itu merupakan salah satu bentuk segelintir manusia .
Perkara berkenaan hal ini juga , ada di terangkan di dalam surah Al Quran menerusi
Surah Saad : ayat 21 sehingga 24




Terjemahan ayat :

( Bahasa Malaysia )
                     
Dan sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) berita (perbicaraan dua) orang 

yang berselisihan? Ketika mereka memanjat tembok tempat ibadat ; Iaitu ketika mereka 

masuk kepada Nabi Daud, lalu ia terkejut melihat mereka; mereka berkata kepadanya: 

" Janganlah takut, (kami ini) adalah dua orang yang berselisihan, salah seorang dari kami 

telah berlaku zalim kepada yang lain; oleh itu hukumkanlah di antara kami dengan adil , 

dan janganlah melampaui (batas keadilan), serta pimpinlah kami ke jalan yang lurus. 

" Sebenarnya orang ini ialah (seorang sahabat sebagai) saudaraku; ia mempunyai 

sembilan puluh sembilan ekor kambing betina dan aku mempunyai seekor sahaja; 

dalam pada itu ia (mendesakku dengan) berkata: ' Serahkanlah yang seekor itu kepadaku ', 

dan dia telah mengalahkan daku dalam merundingkan perkara itu".


Nabi Daud berkata: 

" Sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu 

(sebagai tambahan) kepada kambing-kambingnya; dan sesungguhnya kebanyakan dari 

orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai lapangan hidup), 

setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang beriman 

dan beramal soleh; sedang mereka amatlah sedikit ! " Dan Nabi Daud (setelah berfikir sejurus) , 

mengetahui sebenarnya Kami telah mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu ia memohon ampun 

kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta ia rujuk kembali (bertaubat).

( Tranlation In Engglish )

Has the Story of the Disputants reached thee? Behold, they climbed over the wall of the private chamber;

When they entered the presence of David, and he was terrified of them, they said: "Fear not: we are two disputants , 

one of whom has wronged the other: Decide now between us with truth, and treat us not with injustice, but guide us to 

the even Path..

" This man is my brother: He has nine and ninety ewes, and I have (but) one: Yet he says, 'commit her  to my care,' 

and is (moreover) harsh to me in speech. "

(David) said: 


" He has undoubtedly wronged thee in demanding thy (single) ewe to be added to his (flock of) ewes: truly many are

the partners (in business) who wrong each other: Not so do those who believe and work deeds of righteousness, and 

how few are they ? "...and David gathered that We had tried him: he asked forgiveness of his Lord, fell down, 

bowing (in prostration), and turned (to Allah in repentance).



Begitulah juga kegagalan atas segala urusan , Sama ada urusan pinjaman. Hutanglah, Pendek cerita .
Pandai hutang, tak reti nak membayar . Mahu pun segala Janji besar bagi faedah kesejahteraan
umum daripada pemerintah kepada rakyat .

Dalil apakah dalam surah Al Quran yang menyentuh berkenaan topik Akad ini yop ?.
Banyak , jika nak di tulis di dalam bloq ini . Mungkin lebih dari sehari Yop nak tulis
tetapi yop bagi surah aje ler yer . Baca Al Quran dan semak terjemahan maksut itu sendiri
baru dapat pahala . Ok , ini antara surahnya yang menyentuh berkenaan Akad ( Perjanjian ) : 


1- Perjanjian Manusia dengan Allah swt sebagai Pencipta ( Kalimah Syahadah ) 
    dan Suruhan Sembahyang menerusi Surah Al Baqarah : ayat 21

2-  Berkaitan Zakat : Surah Al Baqarah  : ayat 43 

3-  Berkaitan Hutang Piutang : Surah Al Baqarah : ayat 282 

4-  Berkaitan Perniargaan Sukat Menyukat ( Timbang sukatan )
     Surah Al Mutaffifiin   

5-  Berkaitan Perkahwinan , makan minum , kewajiban suami isteri
     dan terhadap anak  : Surah Al Baqarah ayat 228- 232 , 241 ,
      An Nissa ( ayat 4 ) Surah An Nur ( 32 - 33 ) 

6-  Berkaitan wasiat : Surah Al Baqarah ayat : 180 - 182

7 - Perjanjian Pemimpin Ikrar Janji yang akan di tunaikan  ( Bai ' ah ) :
     Surah Al Fath ayat 10

8- Perjanjian Perang ( Gencatan Senjata ) :
    Surah Al Fath ayat 20

Sekian Wallahuaklam .






No comments:

Post a Comment